SELAMAT DATANG KE BLOG ASRAS SECURITY SERVICES SDN BHD

PENGENALAN SYARIKAT


PENGENALAN SYARIKAT

  1. PENGENALAN

ASRAS SECURITY SERVICES SDN BHD telah diperbadankan di Malaysia pada                    04 Disember 2008 mengikut Akta Syraikat 1965 dengan Nombor Pendaftaran Syarikat 819794-V. Ia dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Bumiputera.

Syarikat ini ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan perniagaan dalam bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Penyiasatan Persendirian.

Syarikat ini diberi kebenaran untuk beroperasi di Seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.


  1. MODAL SYARIKAT

Syarikat ini mempunyai Modal Berbayar RM300,000.00 sementara Modal Dibenarkan ialah RM500,000.00.



  1. LESEN PENDAFTARAN

Syarikat ini mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bagi menjalankan perniagaan diatas mengikut Seksyen 3 (2) Akta Agensi Persendirian 1971.

Syarikat ini adalah dimiliki oleh Bumiputera 100% berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Syarikat juga merupakan ahli kepada Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM).


 4.    PENGURUSAN SYARIKAT

ASRAS SECURITY SERVICES SDN BHD diuruskan sepenuhnya oleh kumpulan pengurusan yang terdiri dari golongan Bumiputera. Ahli-ahli Pengurusan dan Operasi dalam Syarikat ini terdiri dari mereka yang berpengalaman luas dalam bidang               masing-masing. Carta Organisasi seperti di Lampiran A.


  1. PERALATAN DAN KEMUDAHAN

Bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Syarikat akan membekal peralatan yang lengkap dan baik bagi memastikan khidmat yang diberikan adalah bermutu. Diantara peralatan dan kemudahan yang disediakan kepada Pengawal Keselamatan seperti berikut:-

5.1     Pakaian seragam yang lengkap.
5.2     Motosikal untuk tujuan pengangkutan dan rondaan.
5.3     Alat perhubungan “Walkie-Talkie”.
5.4     Telefon bimbit.
5.5     Penginapan kakitangan disediakan kepada sesiapa yang memerlukan.


  1. JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

Syarikat ini menawarkan beberapa jenis perkhidmatan Kawalan Keselamatan kepada pelanggan. Antaranya seperti berikut:-


6.1 “INTERNAL SECURITY GUARDING”

Perkhidmatan menyediakan anggota pengawal bagi menjaga keselamatan dan kepentingan pelanggan seperti bangunan, tapak pembinaan dan sebagainya.


6.2 “PAYROLL ESCORT SERVICE”

Perkhidmatan dengan menempatkan beberapa orang Pengawal Bersenjata mengawal sewaktu pembayaran gaji.



6.3  KAWALAN STATIK

Keperluan pengawal membuat Kawalan Statik terutama dilaluan keluar/masuk utama dan juga di tempat-tempat yang strategik.


  1. SISTEM BEROPERASI

Semua Perkhidmatan Kawala Keselamatan terhadap pelanggan akan dibuat secara kontrak. Urusan pengambilan pengawal, latihan dan penyeliaan dikendalikan sepenuhnya oleh ibu Pejabat. Perlaksanaan ini dibuat bagi mempercepatkan tindakan diambil bila berhadapan dengan masalah diempat pelanggan. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi terus ke Pejabat yang beroperasi 24jam setiap hari termasuk Hari Kelepasan Mingguan dan Cuti Am.


  1. PERATURAN TUGAS

Pihak Syarikat telah menyediakan peraturan tugas yang “Standard” sebagai peraturan tetap untuk semua Pengawal Keselamatan. Peraturan-peraturan lain adalah sebagai tambahan dan akan disediakan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.


  1. PEMILIHAN ANGGOTA PENGAWAL KESELAMATAN

Pemilihan anggota Pengawal Keselamatan terdiri dari mereka yang mempunyai kelayakan dan kriteria berikut:-

9.1     Warganegara Malaysia
9.2     Berumur diantara 18 tahun hingga 55 tahun
9.3     Sihat tubuh badan serta penglihatan dan pendengaran yang baik
9.4     Boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris

9.5     Sekirang-kurangnya mempunyai Sijil PMR/SRP/LCE dan keutamaan diberi  
   kepada bekas anggota Pasukan Keselamatan (Bekas anggota Tentera dan Polis)
9.6     Lulus Tapisan Keselamatan Polis (tiada rekod Jenayah)
9.7    Diberi latihan awal tidak kurang dari 72jam



            
1                  10TANGGUNGAN DAN PERLINDUNGAN INSURAN

ASRAS SECURITY SERVICES SDN BHD menawarkan Had Tanggungan dan Perlindungan Insuran sepertimana yang diperuntukan didalam Perjanjian Perkhidmatan. Bagi memastikan terlaksananya tanggungan ini, pihak Syarikat telah menyediakan beberapa jenis perlindungan Insuran dan Had tuntutan seperti berikut:-



10.1          Public Liability                                              - RM 1,000,000.00
10.2          Group Personal Accident                            - RM    200,000.00
10.3          Professional Idemnity                                  - RM    100,000.00



  1. PENUTUP

ASRAS SECURITY SERVICES SDN BHD berharap agar diberi peluang didalam mana-mana Sebutharga atau Tender yang dikeluarkan. Berbekalkan dayausaha yang tinggi, pihak Syarikat mampu menunaikan tanggung jawab yang diamanahkan. Pihak Syarikat  juga sentiasa menerima apa-apa cadangan dari pihak pelanggan demi memantapkan lagi mutu Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang dilaksanakan Dengan pengurusan yang “PROFESSIONAL” Syarikat sentiasa bersedia member Perkhidmatan kepada pihak pelanggan dengan penyediaan, kepakaran, kemudahan didalam Perkhidmatan Kawalan Keselamatan.

No comments:

Post a Comment